Tuesday, March 12, 2013

Love !

Posted by princess!!! at 6:41 AM
Assalamualaikum .



hey mydepyderydarling. 

Sambil membulatkan mata . haa, hari ni nak story about LOVE ! Taw tak kebende tu? Eleh, tanya anak sedara aku yang 3 tahun tu pun tahu . Mu kalu dok tahu, ta tu deh . (bahasa gerik) 

Love? Cinta ? Sayang ? Suka ? Nafsu ?

Haa, boleh beza ke semua ni ? *sambil angkat kening  ^_0 . Nak tau kenapa topik ni yang keluar dari benak   minda aku ? Actually, dah lama nak sentuh pasal topik ni . Tapi ingat macam tak serius je topik ni , tapi bila ku pikir-pikir . hesh, parah-2 . So, kene la tulis , sebagai pengajaran buat si junior-2 dan adik-2 aku yang masih hingusan . *sambil srehh srehhh hingus . eeiiyeekkk, pekat likat hingusnya.. haha.

Ala , kalau cakap about cintan cinton ni , mesti punya la ramai defend pendapat sendiri . Maklum la, bila otak dah penuh dengan LOVE , LOVE ,LOVE . Kau kata la apa pun , diorang tetap dengan feeling meeling diorang . 

Aku? Tak pernah bercinta ke ?
hahaha. Tak payah tau la. Let be as my secret . 

ok2 ! stop stop meraban . Now go on to our topic. 
jeng jeng jeng >>>>>>>>.

Bercinta . Bukan tak boleh . Boleh ! as long as how you can handle it . Handle macam mana yang aku maksud kan.. Ok 3. 

Cinta ini ada limit , kalau korang nak bercinta (nak ada pakwe makwe bagai) kene pandai handle diri korang .
Pertama ! Love Allah . what? Nampak alim? Hey you ! Ingat ustaz ustazah je ke? Semua manusia yang beragama Islam , sedar-sedar diri sikit . Allah ni cipta kita , bagi makan , kesihatan , anggota badan sempurna , hidup dalam negara aman . Tak reti bersyukur? Cinta pada Allah, tak semestinya kene tunjuk . *TULIS ATAS KERTAS TEMPEK KAT DAHI . hesh. think la . Cinta pada Allah, buat apa-2, kena ingat Allah SENTIASA TEROPONG AWOK ! 

Kedua ! Love both mummy and daddy . Ok , ni nasihat yang aku dapat dari senior aku dulu . Yup , senior yang lebih tua dari kita banyak lagi pengalaman dari kita . So , kene dengar ! *erm, kami memang sayang parent kami . Sayang ada strong meaning la dear . Kalau sayang mak ayah , jangan sesekali buat apa-2 yang boleh jatuh aib diorang . Everthing you want do 'something' , plez remember your parent at home. Jangan sia-siakan kebebasan yang mereka bagi . Tu cara kita sayang diorang . Kalau mereka tak ada macam mana ? Allah ada ! Remember ! you not alone ! Kalau dah rasa tak ada siapa-siapa dalam hidup , tengok kiri kanan . Haa, yang tu setia hujung nyawa duk atas bahu korang . Cuma korang je tak nampak . So, key word kat sini ialah THINK POSITIVE ! 

Third ! Love who we are . Sayang dan cinta diri sendiri . Tak ada siapa yang akan sayang lebih lebih lebih kat kita , kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri . Kenapa kalau putus CINTA? korang suka menzalimi diri sendiri ? Tak makan, tak minum ubat , tak solat , menangis tak berhenti-henti , toreh tangan dan paling maksimum kes ialah cubaan bunuh diri ! Wow ! Sabar-2 ,  kalau bunuh diri bukan semua masalah setel , kang kau jawab la dalam kubur . Time tu dah tak boleh dah nak lari . Jerit la kuat-2 pun, tak dak siapa dah yang dengar . 

Haa, lastly, baru la boleh nak sayang atau nak mencintai sesiapa pun. Erm, post kali ni, tak bermakna aku galakkan korang kaple or bercinta . Cuma, sebagai peringatan . 

Bercinta memang best adik , tapi risiko terlalu tinggi . Kalau tak dak prinsip dalam hidup, bila-bila masa je tumbang . My abi ada berpesan "peganglah iman ibarat kamu mengacip gigi sekuat-sekuatnya" . Ye , bila teringat pesan abi , aku tahu yang semua ni tak mudah . Usia di bawah 18 adalah usia yang sangat menakutkan dan mengerikan . Ciez cakap , setiap tahun yang aku lalui penuh beribu ketakutan , tambah-2 bila di sekeliling aku macam-2 yang jadi . Kadang-kadang menangis bila tengok kawan-2 yang tumpas . Tumpas dengan hawa nafsu , dengan cinta nafsu semata-mata . 

Ramai orang selalu cakap . Jangan cakap soal tu , nanti hang pulak yang merasa sama macam mereka. Tapi bagi aku , kita sepatutnya bukan menjadikan bahan tu sebagai gosip atau bahan bualan atau apa. Tapi kita sepatutnya dekati mereka, nasihat mereka , tanya masalah mereka. Dan doakan agar mereka kembali ke pangkal jalan dan kita terhindar dari melakukan kesilapan . erm, Ada ke kita taw kenapa dia jadi macam tu ? Kadang-2 salah kita sendiri sebab tak nasihat kawan-2 . Hey awak-awak semua ! Korang kalau biar kawan korang buat kemungkuran , korang turut sama berdosa . Even just touch tangan . Nampak je hal tu kecik , tapi biar tegur awal-2 dari melarat . Biar la nampak buzy body daripada diorang kat kubur nanti bawak body datang jumpa kita tanya sebab apa atas dunia , kita tak tegur kesilapan diorang ! 


Haa, takot ?! Usia yang muda-2 ni la kita kadang-kadang tak matang dalam melakukan kesilapan . Ala, ada je budak-2 u yang tumpas . Yup , kalau cakap soal ni , sebenarnya ia terpulang pada masing-2 macam mana kita pertahankan maruah kita . Kalau otak je pandai tapi maruah tak boleh jaga , tak guna juga . Sometime I really grateful bila umi n abi hadkan pergerakan aku . Sebab bila dipikir-pikir , itu lagi baik untuk aku . Sebab bila dah tengok kawan-2 yang tumpas . Rasanya , lebih baik aku terkurung dalam rumah . Rela . Rela .

So? Mesti akan ada orang cakap . *Ala, kami pandai jaga diri . Huhu . Jangan bongkak sangat la dear . Kalau iman hanya serapuh biskut , baik berhati-hati dan cari jalan untuk menghindar . Nak bercinta boleh je . Tapi ada syarat . Ni just suggestion aku. 

1. Hadkan diri dari selalu jumpa .
2.Elak dari berjumpa hanya berdua
3. Elak diri berjumpa di tempat yang sunyi . (Awak jumpa je la kat shopping  mall ke, tengah-2 ekspo ke , restoran ke )
4. Elak dari berjumpa berdua pada waktu malam . 
5. Andai cinta , janganla bagi sepenuh hati . Tinggalkan sedikit kekosongan agar kita tak terlalu bergantung kepada orang lain .
6. Pegang dengan prinsip diri dan always ingat Allah and mak ayah. 


btw , ada pesanan  untuk kaum adam  . Wahai Kaum Adam di luar sana . Kami hanyalah insan kerdil yang lemah lagi tidak berdaya . Yang kami cari bukanlah cinta semata-mata tetapi pembimbing kami untuk ke syurga . Kami mungkin tidak sesempurna dan seindah bidadari syurga , tapi bawalah kami untuk melihat keindahan di sana . Andai kami kotor , putih dan serikan kami . Andai kami malap , cahayakan kami dengan nur agama . Andai kami kosong , isikan dengan ilmu Allah di hati kami . Kami insan yang lemah , yang selalu terancam. Lindungilah kami , pelihara maruah kami , sesungguhnya tiada yang lebih berharga selain maruah kami . Jangan kau rampas nilai itu . Kerna kami adalah tulung rusuk mu yang hilang . Kerna kami adalah kamu . ==


#nota : Apa-apa pun , cinta yang paling mahal , ialah berkenalan dan bercinta selepas nikah .

0 comments:

Post a Comment

 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea