Saturday, September 6, 2014

Kasih sayang ABI .

Posted by princess!!! at 7:25 AM 0 comments

Allah Maha Mendengar

Ye, itu yang aku selalu ulang dalam hati.
Allah dengar setiap tangisan aku, setiap apa jua dalam hati aku.
dan Allah jua Maha Pemujuk.
Yang selalu pujuk hati aku, yang faham aku.

Dewasa ini, aku lebih banyak mengambil tindakan untuk menyendiri dan berdiam.
Biarlah hati yang berkata.
Tapi mata selalu sahaja membocorkan rahsia.

Setiap kali aku pandang abi, mesti mata berkaca-kaca.
Banyaknya dosa aku dengan abi. 
Nak je aku peluk dan nangis dekat dada dia.
Abi, dikyang minta maaf abi dari lahir hingga sekarang, dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Ampunkan dosa dikyang.


Aku sentiasa ingat ayat ni. Dan itu yang buat aku menangis. Abi tak salah mendidik aku. Tapi aku yang salah tak dengar cakap abi.
Aku tak sanggup tengok abi yang terima balasan dari dosa aku yang menimbun.
Abi banyak buat ibadah. Aku selalu doa agar Allah sediakan mahligai yang indah buat abi. Janganlah disediakan api yang menjulang untuk membakar abi gara-gara dosa ku.

JANGAN!!!!.

Aku sayang abi. Abi tak pernah pukul aku walau sebesar mana salah aku.
Tapi nasihat abi sentiasa berbekas di hati walaupun nadanya lembut.

Wajah itu, suara itu, langkah itu, nasihat itu, sentiasa bermain di fikiran. Sentiasa menjadi kerinduan. 

Kadang-kadang masa abi tidur, aku tatap abi dari jauh.
Nyenyaknya abi tidur.
Aku takut. Takut abi terus tidur. Dan aku akan tengok dada abi sebab nak tengok dia masih bernafas atau tidak. 
Bila positif. Aku lega.

Baru-baru ni abi kemalangan. Dan itu yang buat aku takut sangat. Sepanjang jalan aku menangis. Aku tak nak kehilangan abi. Aku sayang abi.

Nasihat abi. " Belajar betul-betul, jangan main-main. Abaikan yang lain dahulu, fokuskan belajar. Abi tak nak dikyang kawin lagi, biarlah sampai habis belajar dulu. Abi dulu  masa dekat kolej, Abi tidur dua jam je sebab nak hafal kitab-kitab. Itu pun hafal dekat bawah lampu jalan. Masa tu, mana ada kemudahan macam sekarang."

Ayat tu yang jadi kekuatan sekarang bila aku kurang semangat untuk belajar. 

Ya Allah, panjangkan umur abi. Berikan kesihatan yang baik buat abi. Terimalah segala amalan baik abi. Ampunkan segala dosa abi. Ampunkan segala dosa abi. Murahkanlah rezeki buat abi. Sejahterakanlah kehidupan abi. Berilah perlindungan pada abi walau di mana pun dia berada. Jauhkan abi dari segala bencana. Selamatkan abi dari fitnah dunia. Sediakan mahligai yang indah buat abi di syurga. Mudahkan titian sirat abi. Lapangkan kubur abi. 
Amin amin ya robbal alamin. 

 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea