Friday, March 29, 2013

Last entry before move on

Posted by princess!!! at 11:53 AM 0 comments
Assalamualaikum






Waaaa, dah lama tak tulis. Rindunyaaaaa kat kamu wahai my superduperderydarling. 

Sebenarnya kan, banyak benda yang nak di ceritakan . Tapi tak berkesempatan . So , buzy buzy buzy buzy buzy buzy buzy ! ok-2 stop-2 !!! *Tengok kiri , tengok kanan . ok continue. hoho

Hari rabu baru-baru ni. Aku hang out dengan my besties. Rasanya dah lama teramat-2 tak keluar macam tu . Maklum la, selalunya aku ni la yang payah nak keluar sebab sebab sebab sebab .. *Adala sebabnye, sibuk je nak tau. :p . 

Dah lama tak gelak ketawa macam tu, ciezly rindu sangat. Akhirnya dapat jugak jumpa and spend time dengan diorang tanpa ada konflik . Yay! Semua dah kembali kepada normal . muhahaha, sayang korang . 

Tapi kesan dari itu>>>> jeng jeng jeng... *tu la gelak tak ingat dunia, lalai sangat. Kan dah kena ujian dari Allah . Bangun je pagi-pagi , bermula la. Asyik ulang tandas je, pastoo muntah. Makan je , muntah, muntah, muntah, muntah . Dah muntah, makan lain pulak . Muntah lagi. Muntah muntah muntah dan kemudian cirit cirit cirit . eiuuuuuuuuuuwwwww, memang habis kecut pipi ku.  Haa, ni la namanya ujian. Bila sakit, mesti tak lalu nak makan. Nak tau kenapa bila manusia sakit, automatik tak lalu nak makan? Sebab Allah yang bagi makan . Betul ! Dan walaupun kita tak makan, kita tak lapar, kan? haa, tu la buktinya. So, jangan la marah kalau sape-2 sakit dan dia tak nak makan, sebab Allah dah bagi makan . Sebab tu la rasa kenyang sentiasa. Baiknya Allah . :)

Whole day membuang segala apa yang dalam perut, memang buat badan tak larat sangat . Yang tau ingat kematian tu hampir ja. Sebab umi selalu cakap, "ala, xpe, sakit tu jauh dari perut" . Tapi kali ni sakit tu datang dari perut dan ada je keracunan makanan yang boleh bawa maut. Hurm, bila di pikir-2 kalau hayat aku dah berakhir, apa la yang aku nak bawa. Bekal aku entah macam mana rupanya . Entah ada ke tak dak. Dosa aku banyak, banyak sangat . Apa la yang nak selamat kan aku kat sana, . hurm, aku hanya insan biasa.  

Time aku sakit, semalaman umi tak tido. Dan dah memang sifat aku, kalau sakit, memang suka merengek macam budak kecik tanpa aku sedar . Pastoo ada jugak yang call tengah-2 malam tanya khabar, mujur umi jawab . Yang aku tidor sampai tak sedar diri, sebab lepas makan ubat . 

Then, bila bangun pagi. Alhamdulillah, I'm still alive... hoho.. bangun pun still pening-2 lalat lagi.. Sepanjang hari cuba untuk kuatkan badan, cuba senyum, cuba ceria, cuba control emosi, control dari muntah. So, alhamdulillah, dah semakin ok. :)

btw esok dah mula kem. Nak tanak kene tunjuk okey. Abi memang tak bagi n kalau boleh, dia nak tangguh. Erm, bukan tak nak tangguh, tapi hal tu rumit, kesian plak kat umi n abi nak urus semua tu. So , better aku pergi je.. Sekarang pun dah ok. In Shaa Allah, Allah always side me. 

Cuma satu yang jadi fobia . Erm, aku ni tergolong antara manusia yang kureng pandai berenang . *hoho, ayat cover .  hehe. OK-2 . surrender-2 .. Aku memang tak pandai berenang pun. Dulu pernah sekali lemas kat PD . Hanya tuhan je tahu macam mana situasi aku dalam air tu. Mengucap sakan dalam hati, sebab rasa macam nak habis nyawa je. So, sejak tu, jadi fobia sikit bila tengok yg dalam. Erm, harap-2 kat kem nanti tak dak la nak kena suruh berenang bagai. Ciezly, aku tak pandai dan mudah gelabah . haiyaa, macam-2 la aku ni kan.

Apa-2 pun, aku nak minta maaf kat semua kengkawan yang dah kompom nak hantar kat basten sebelum berangkat. Erm, actually, tak nak korang tengok ummu time last ni. Kang i cry cry cry . Tu yang cakap macam tu, dan tak kompom pun nak pergi bila. I'm so sorry girls. Pape pun, korang jangan nakal-2 k.. Anything you need me, just text me. ok. chill~~~~~~

oklah, dah mengantuk teramat-amat. Beg pun dah siap kemas . Sekarang masa untuk tidor. daaa my superduperderulovely, assalamualaikum. *see you next entry . ;)


Saturday, March 16, 2013

Secret in history .

Posted by princess!!! at 8:00 AM 0 comments
Assalamualaikum. 

hello hello hello hello hello .

This tonight i feel so so so so so bored. So i decide to write something .
*OHMYENGLISH.
haha, tak payah bangga terlebih berspeaking bi la . 
martabatkan bahasa melayu . Kenapa harus malu cakap bahasa melayu? sebab tak standard ek?
Hello , hello , *sambil petik jari .
Korang sepatutnya kena bangga dengan bahasa melayu .
Why? haa, ni mesti yang tak cari maklumat ni .
Rugi giler kalau tak cari apa yang hilang .

Ok, teruskan dengan tajuk kite. 
Sejarah yang hilang ? Sebenarnya ,aku pun tak suka sejarah . Yup, buku sejarah kat sekolah tu . 
Tebal baqhang dah macam kitab apa tah . Tapi serius cakap aku tak terlalu menghafal semua tu.
Sebab aku tahu, semua tu fake ! FAKE ! FAKE ! 
*oit, agak2 nak cakap cengitu, kang tak pasai kene band ja blog hg ni.
Alahai, releks la. Aku just bagi pendapat aku .
Dan aku akan cari bukti2 untuk membenarkan kata-kata yang bermain kat minda aku.
KORANG NAK? nak ! kena la cari ! Asyik kena suap je korang ni. Pemalas betol . herr.

Aku tak suka buku sejarah yang penuh dengan persoalan. Yup, banyak dalam buku tu yang aku musykil , dan aku tahu persoalan tu tak mudah tuk dijawab. Aku pendam pendam pendam dan try cari sendiri.
Aku tertanya-2 mana datang la orang melayu ni. Wonder . ciez wonder. 
Walaupun aku ni orang melayu, tapi tak dak la 100% melayu tulen. 
Bila aku kaji salahsilah keluarga aku, akhirnya ada jugak percampuran kaum. 
So , aku selalu tertanya, mana datang la orang melayu. Melaka?
no! I think no ! 

Sampai la satu ketika ni, abang aku yang no 3 ni tanya .
Apa akan jadi kalau sejarah dihapuskan dan direka demi menyembunyikan hakikat sebenar?
Aku pun cakap, erm, lebih kurang macam gosip la, bila semua orang brcakap gosip tu, lama-2 benda tu dianggap betol, dan akan terus kekal macam tu, kecuali si empunya story tampil untuk cerita semua, tapi kalu dia pun dah tak ada, ianya akan terus terpahat cengitu la.Lagi padah, kalau ada yang bukukan story tu. haa .
So , abang aku cakap, kalau sejarah melayu dihilangkan, apa akan jadi?
haa, baru aku terfikir. 

So, aku cari punya cari. akhirnya, haaa. *GOTCHA! 
Wow ! Rupanya melayu ni, lebih lebih lebih hebat dari orang barat. Banyak benda yang dalam sejarah melayu di putar belitkan kat malaysia..  Bila baca catatan pedagang barat di luar negara, baru tahu apa Kehebatan Melayu !
Tapi pelik jugak, kenapa orang malaysia tak kaji balik sejarah ek? Mungkin sebab banyak yang dah dihapuskan, jadi kita pun dah hilang identiti. Ok, contoh negara yang dihapuskan sejarah. Macam korea. 
Korea dulu ada gerbang , tapi dihapuskan. Diorang sendiri tak tahu, sehingga la diorang kaji punya kaji, 
Akhirnya diorang jumpa identiti diorang. See! apa yang jadi dengan korea ! Dah popular ! 
Salah satunya kesan dari sejarah yg ditemu kembali la. 

Ok2.. aku malas nak hurai panjang-2 lebar-2  berderet-2 beratur-2. So, siapa yang nak tau, carilah sendiri !
apa sejarah melayu yang dihilangkan.. Semuanya ada dihujung jari. 
Cari jangan tak cari. Yang tulis dan kaji balik semua ni pun adalah rakyat Malaysia. Prof! 
Pelajar yang belajar dalam bidang sejarah .

Baca dari mula, dan berfikir ! Masing-2 ada otak kan.. Jangan bekukan otak tu . Kang sebijik bodohnya macam udang ! :p
*ayat kasar nampak.
hoho. sory.

#oklah, sampai kat sini dulu entry aku kali ni. mood teramat-2 boring + malas .  haha.  daa, assalamualaikum

Tuesday, March 12, 2013

Love !

Posted by princess!!! at 6:41 AM 0 comments
Assalamualaikum .



hey mydepyderydarling. 

Sambil membulatkan mata . haa, hari ni nak story about LOVE ! Taw tak kebende tu? Eleh, tanya anak sedara aku yang 3 tahun tu pun tahu . Mu kalu dok tahu, ta tu deh . (bahasa gerik) 

Love? Cinta ? Sayang ? Suka ? Nafsu ?

Haa, boleh beza ke semua ni ? *sambil angkat kening  ^_0 . Nak tau kenapa topik ni yang keluar dari benak   minda aku ? Actually, dah lama nak sentuh pasal topik ni . Tapi ingat macam tak serius je topik ni , tapi bila ku pikir-pikir . hesh, parah-2 . So, kene la tulis , sebagai pengajaran buat si junior-2 dan adik-2 aku yang masih hingusan . *sambil srehh srehhh hingus . eeiiyeekkk, pekat likat hingusnya.. haha.

Ala , kalau cakap about cintan cinton ni , mesti punya la ramai defend pendapat sendiri . Maklum la, bila otak dah penuh dengan LOVE , LOVE ,LOVE . Kau kata la apa pun , diorang tetap dengan feeling meeling diorang . 

Aku? Tak pernah bercinta ke ?
hahaha. Tak payah tau la. Let be as my secret . 

ok2 ! stop stop meraban . Now go on to our topic. 
jeng jeng jeng >>>>>>>>.

Bercinta . Bukan tak boleh . Boleh ! as long as how you can handle it . Handle macam mana yang aku maksud kan.. Ok 3. 

Cinta ini ada limit , kalau korang nak bercinta (nak ada pakwe makwe bagai) kene pandai handle diri korang .
Pertama ! Love Allah . what? Nampak alim? Hey you ! Ingat ustaz ustazah je ke? Semua manusia yang beragama Islam , sedar-sedar diri sikit . Allah ni cipta kita , bagi makan , kesihatan , anggota badan sempurna , hidup dalam negara aman . Tak reti bersyukur? Cinta pada Allah, tak semestinya kene tunjuk . *TULIS ATAS KERTAS TEMPEK KAT DAHI . hesh. think la . Cinta pada Allah, buat apa-2, kena ingat Allah SENTIASA TEROPONG AWOK ! 

Kedua ! Love both mummy and daddy . Ok , ni nasihat yang aku dapat dari senior aku dulu . Yup , senior yang lebih tua dari kita banyak lagi pengalaman dari kita . So , kene dengar ! *erm, kami memang sayang parent kami . Sayang ada strong meaning la dear . Kalau sayang mak ayah , jangan sesekali buat apa-2 yang boleh jatuh aib diorang . Everthing you want do 'something' , plez remember your parent at home. Jangan sia-siakan kebebasan yang mereka bagi . Tu cara kita sayang diorang . Kalau mereka tak ada macam mana ? Allah ada ! Remember ! you not alone ! Kalau dah rasa tak ada siapa-siapa dalam hidup , tengok kiri kanan . Haa, yang tu setia hujung nyawa duk atas bahu korang . Cuma korang je tak nampak . So, key word kat sini ialah THINK POSITIVE ! 

Third ! Love who we are . Sayang dan cinta diri sendiri . Tak ada siapa yang akan sayang lebih lebih lebih kat kita , kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri . Kenapa kalau putus CINTA? korang suka menzalimi diri sendiri ? Tak makan, tak minum ubat , tak solat , menangis tak berhenti-henti , toreh tangan dan paling maksimum kes ialah cubaan bunuh diri ! Wow ! Sabar-2 ,  kalau bunuh diri bukan semua masalah setel , kang kau jawab la dalam kubur . Time tu dah tak boleh dah nak lari . Jerit la kuat-2 pun, tak dak siapa dah yang dengar . 

Haa, lastly, baru la boleh nak sayang atau nak mencintai sesiapa pun. Erm, post kali ni, tak bermakna aku galakkan korang kaple or bercinta . Cuma, sebagai peringatan . 

Bercinta memang best adik , tapi risiko terlalu tinggi . Kalau tak dak prinsip dalam hidup, bila-bila masa je tumbang . My abi ada berpesan "peganglah iman ibarat kamu mengacip gigi sekuat-sekuatnya" . Ye , bila teringat pesan abi , aku tahu yang semua ni tak mudah . Usia di bawah 18 adalah usia yang sangat menakutkan dan mengerikan . Ciez cakap , setiap tahun yang aku lalui penuh beribu ketakutan , tambah-2 bila di sekeliling aku macam-2 yang jadi . Kadang-kadang menangis bila tengok kawan-2 yang tumpas . Tumpas dengan hawa nafsu , dengan cinta nafsu semata-mata . 

Ramai orang selalu cakap . Jangan cakap soal tu , nanti hang pulak yang merasa sama macam mereka. Tapi bagi aku , kita sepatutnya bukan menjadikan bahan tu sebagai gosip atau bahan bualan atau apa. Tapi kita sepatutnya dekati mereka, nasihat mereka , tanya masalah mereka. Dan doakan agar mereka kembali ke pangkal jalan dan kita terhindar dari melakukan kesilapan . erm, Ada ke kita taw kenapa dia jadi macam tu ? Kadang-2 salah kita sendiri sebab tak nasihat kawan-2 . Hey awak-awak semua ! Korang kalau biar kawan korang buat kemungkuran , korang turut sama berdosa . Even just touch tangan . Nampak je hal tu kecik , tapi biar tegur awal-2 dari melarat . Biar la nampak buzy body daripada diorang kat kubur nanti bawak body datang jumpa kita tanya sebab apa atas dunia , kita tak tegur kesilapan diorang ! 


Haa, takot ?! Usia yang muda-2 ni la kita kadang-kadang tak matang dalam melakukan kesilapan . Ala, ada je budak-2 u yang tumpas . Yup , kalau cakap soal ni , sebenarnya ia terpulang pada masing-2 macam mana kita pertahankan maruah kita . Kalau otak je pandai tapi maruah tak boleh jaga , tak guna juga . Sometime I really grateful bila umi n abi hadkan pergerakan aku . Sebab bila dipikir-pikir , itu lagi baik untuk aku . Sebab bila dah tengok kawan-2 yang tumpas . Rasanya , lebih baik aku terkurung dalam rumah . Rela . Rela .

So? Mesti akan ada orang cakap . *Ala, kami pandai jaga diri . Huhu . Jangan bongkak sangat la dear . Kalau iman hanya serapuh biskut , baik berhati-hati dan cari jalan untuk menghindar . Nak bercinta boleh je . Tapi ada syarat . Ni just suggestion aku. 

1. Hadkan diri dari selalu jumpa .
2.Elak dari berjumpa hanya berdua
3. Elak diri berjumpa di tempat yang sunyi . (Awak jumpa je la kat shopping  mall ke, tengah-2 ekspo ke , restoran ke )
4. Elak dari berjumpa berdua pada waktu malam . 
5. Andai cinta , janganla bagi sepenuh hati . Tinggalkan sedikit kekosongan agar kita tak terlalu bergantung kepada orang lain .
6. Pegang dengan prinsip diri dan always ingat Allah and mak ayah. 


btw , ada pesanan  untuk kaum adam  . Wahai Kaum Adam di luar sana . Kami hanyalah insan kerdil yang lemah lagi tidak berdaya . Yang kami cari bukanlah cinta semata-mata tetapi pembimbing kami untuk ke syurga . Kami mungkin tidak sesempurna dan seindah bidadari syurga , tapi bawalah kami untuk melihat keindahan di sana . Andai kami kotor , putih dan serikan kami . Andai kami malap , cahayakan kami dengan nur agama . Andai kami kosong , isikan dengan ilmu Allah di hati kami . Kami insan yang lemah , yang selalu terancam. Lindungilah kami , pelihara maruah kami , sesungguhnya tiada yang lebih berharga selain maruah kami . Jangan kau rampas nilai itu . Kerna kami adalah tulung rusuk mu yang hilang . Kerna kami adalah kamu . ==


#nota : Apa-apa pun , cinta yang paling mahal , ialah berkenalan dan bercinta selepas nikah .

Sunday, March 10, 2013

Latar belakang yang mulia anakanda dari kerajaan bumi

Posted by princess!!! at 12:28 AM 3 comments
Nama Sebenar : Ummu Itriah Osman
Nama samaran panggilan : Itri / Ummu
Nama alam maya : Princess Rahsia / Princess Larangan
Tarikh lahir : 19 February
Asal : Gerik , Perak
Menetap : K.A.P
Keturunan : Melayu Patani + Chinise
Sifat : Seorang yang pasif kalau dengan orang yang tidak dikenali, little bit crazy with somebody who very cloze , kaki senyum , suka berkawan , pencari ilmu ,
Tinggi : 152.5
Berat : 48 kg
How do I look ? : cubby , garang , berkulit cerah

Facebook : Princess Rahsia
Twitter : @putriLarangan
Marshable : Ummu Itriah
Tagged : Puteri Larangan
Myspace : Puteri Larangan
Instagram : princessRahsia

sweet 18teen

Posted by princess!!! at 12:08 AM 0 comments
Assalamualaikum~~~~

 ohmysuperdupersidepylupeydery .  *kemerepekkan apa la dia .. hehe





Apalah  yang istimewa sangat 18 ni? *oit, ni bukan nombor ekor la, herr 
Ok, umur aku sekarang dah mencecah 18 . Apalah yang aku buat sampai ke umur ni?
Kalau tokoh Islam, masa umur cengini , semua dah terserlah ketokohan mereka dalam memperjuang agama dan menjadi remaja yang penuh ilmu agama di dada. 

Aku? Aku? 
Jauhnya beza *sambil tunduk muka .

Hidup ini penuh dengan warna-warni , *sambil dongak tengok pelangi.
Hati pun warna-warni, yang dulu asal putih. kuang3.
Sepanjang umur sampai sini , apa yang tak pernah aku lalui .
Tapi aku suka tengok pengalaman orang lain, dan aku ambil sebagai pengajaran. 
Ciezly cakap, kalau korang tak kuat dengan prinsip, bila-2 sahaja korang akan hanyut dalam lautan .
Jangan buat je , tapi kne think . think! think! *sambl tonyoh kepala
INGAT TU !

*tengok mak nenek membebel.
hehehe.
Ala, membebel untuk share pengalaman n pendapat je.
Tak nak sudah, sape suruh bace . :p


*entry by si senget who lost idea.

Saturday, March 2, 2013

Putus kawan ? Baik atau tidak?

Posted by princess!!! at 7:52 AM 0 comments
Assalamualaikum.




selamat malam, 

Apa la aku ni, tengah-tengah malam baru ilham mencurah-curah. *nama pun senget =,=

Kenapa topik ni pulak yang keluar dari otak si senget ni ek? *biaq pi la kat cheq . :p . Ala, bukan apa, aku rindu kawan-kawan aku . Seriously ! Tapi tah kenapa sifat aku ni tak semesra kawan yang lain . Selalu under control . *malu-malu kucing, caitttt. puihhhh. :3 . 

Putus kawan? elok ke tak ?
Ok ! Ada dua pendapat bercanggah dalam dunia Princess Rahsia *Oomaigad , dia dah start poyoooooo. 
Ala, nak poyo sikit pun tak leh, tergegeh la korang . :p .

Back to story,
pendapat pertama :
Putus kawan atau berhenti contact atau tak berhubung atau tak bertegur sapa atau arghhhhhhhhhhhhhhhh what ever la and so on ! 
Baik! kalau nak elakkkan pergaduhan, tikam lidah atau bermasam muka. Contohnya, dah minta maaf tapi perlu masa untuk bersendirian . Yup, boleh . Mungkin dia perlu masa untuk ikhlas memaafkan . So, bagi je la dia peluang . Dalam masa yang sama, doakan la untuk dia agar hati dia tak terbuka. Tapi kalau dia still macam tu jugak. Sabar je la. Mungkin kesalahan kita ni dah tahap kesetanan kowd, teruk teramat-2 sampai orang lain dah benci dengan kita. Oleh itu, try to change to be nice . Jaga percakapan, jaga tingkah-laku . Sebab tu semua memberi impak pada orang lain . 

Pendapat kedua :
Sebenarnya tak la berapa elok putuskan tali persaudaraan sesama islam. Islam mengajar kita supaya elak diri dari tidak bertegur sapa melebihi tiga hari . 3 HARI ?! 3 HARI beb! Ni pe tah lagi kalau dah berbulan-bulan. hurm, entah la . Larat ke nak tanggung dosa? huhu. kalau boleh elakkan la.. Try untuk berbaik. Tapi kalau dah tak boleh jugak, nak buat macam mana kan.


Both situasi aku pernah lalui . Dan kedua-keduanya rasa sakit dan perit. hoho. Jangan ingat orang macam aku ni tak pernah menangis. Sebab aku pun hanya la manusia biasa dan bukan lah anak raja pun. Meh aku story sikit dua cerita yang berbeza. *cepat-2! bulatkan mata anda ! hoho

Si KakLongDragon .
Dia kawan sejak kecil. Tapi sebelum semua ini terjadi, kitaorang agak rapat la. Aku pi rumah dia. Ajar dia buat biskut . Tolong dia potong tudung sebab nak buat tudung sekolah . Minta dia tolong ajar subjek yg aku lemah . Minta pendapat dia . Share frenz prob. Aku belanja aiskrim. hurm, tapi mungkin dalam gurau senda atau ada kesilapan yang aku sendiri tak perasan, sampai aku kehilangan kawan macam tu. Tu yg buat aku menyesal sampai sekarang. Dah la selalu mimpi dia. Bangun je mesti menitis airmata. hurm, I know im bad. If i can change all that. So, moralnya, korang kalau sayang kwn korang, plez take care all word when you say anything. 

SiKeding
Dia ni kawan alam maya yang masuk ke alam nyata. Dia baik, matang. Kalau aku ada masalah, and perlu pendapat dan nasihat , aku selalu rujuk dia. Lagipun dia tua dari aku. And kebanyakan idea dia semua yang boleh membantu aku. Tapi dia jugak ada buat salah sampai aku marah . Tapi aku minta masa nak bersendirian . After beberapa bulan, aku berhubung balik dengan hati yang kosong-kosong ~~ *najwa latif.. hoho. Tapi tah macam mana, ada konflik lagi, dan aku rasa jalan terbaik, untuk stay away dari dia. Dan aku jujur, yang aku tak dak nak marah apa pun, cume kalau tak berhubung pun, dia tetap kawan aku sampai bila-bila . 


Kesimpulannya, both aku syg. And diorang ada kenangan manis dengan aku. Kalau boleh nak berhubung dengan kedua-duanya, tapi entah la. Macam-2 cara dah buat. Mungkin ini yang terbaik. Apa-2 pun, diorang tetap kawan aku. 

So, korang, ambil iktibar k. Jangan duk kecewa hati kawan-2 . Ingat senang nak dapat kemaafan dari manusia. Tak mudah ! Kalau buat salah pape, minta maaf la. Sebab larat ke korang nak tanggung dosa? haa, fikirkan lah.

Oklah, penat oo menaip. Lenguh habis jari jemari ni. ==. ok la, cawsinci. Assalamualaikum

Friday, March 1, 2013

Miss Listen Listen Listen !!!!!!!!!!!

Posted by princess!!! at 4:37 AM 0 comments
Assalamualaikum .

what topic for this night ? Oo yaa ! Rasanya tajuk post ni pun dah buat korang semua paham . kn, kn,kn .  *sambil kenyet mata . >_0 .

Ala, bukan niat di hati ni nak mengutuk atau membela mana-mana pihak . Ciezly aku tak suka nak cakap pasal politik , and aku tak masuk pun mana-mana pihak . So , jangan la duk tanya cheq noh  pasai biru and hijau . *saya buta warna . kuang3 

hehe . ok ! move on to our story . Ni juz pendapat aku ja , kalau orang lain , tak tau la ek . Cuma nak berkongsi pendapat . ok? dengar tak ? *ikut korang la dengar ke tak , sebab aku cakap dalam hati ja. :3 

Bagi aku, bagi seseorang yang ingin bertanya atau memberi pendapat . Sepatutnya dengan nada yang sopan dan kalau nak menegaskan sesuatu boleh tonjulkan ketegasan. Tapi kalau dah semangat datang , tu yang jadi over excited tu . Sampai kita sendiri tak perasan .

ok ! The other side . Sebagai pendengar pendapat atau soalan , kita kena la dengar baik-baik dan bagi peluang kat orang tu nak bercakap. Bukan dengan cara turun dan fight mouth with her . Kalau kita rasa cara dia biadap ,  kita boleh tegur dia bila majlis dah selesai . Tapi sebaliknya , kalau kita turun dan sekat dia dari bercakap dengan nada marah , ia sama je la macam orang yang kita marah tu . Nampak sama-sama tak sopan kan, depan tetamu buat macam tu. ciezly. = =

Ok2..! dah3, cukup aku merepek meraban . Tu juz pendapat aku . And aku pun bukan la prof yang ada PHD nak tegur orang atau nak bagi nasihat . Aku cuma nak berkongsi pendapat dan membaiki diri . So, jadikan lah peristiwa ni pengajaran buat kita semua . Supaya lepas ni kita beringat dan tak buat macam tu . Rasanya malu kowd . Nabi Muhammad pun tak ajar kita macam tu . 

Nabi Muhammad sendiri memberi peluang mendengar pendapat orang lain semasa nak buat perjanjian . So, contohilah sikap baginda . wallahualam . Andai ada silap, maafkan saya. Jangan pulak gara-gara post ni, blog aku kene band sudah.. kuang3..

ok, daa, waiting me for next story. Assalamualaikum . ;)
 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea