Thursday, September 26, 2013

Fighting with devil in mind .

Posted by princess!!! at 5:52 AM 0 comments

Hari yang memenatkan . kenapalah airmata ni cepat sangat mengalir ? penat sangat ke?

Melayan fikiran - penatnya yang teramat-amat . Tidur tak ikut masa , rehat tak cukup . Minggu yang sangat memenatkan . Dari sebelum exam percubaaan sem 1 . Urus dan cari pembekal , buat bajet , buat bandingan harga . Kemudian , exam . Study . Habis je exam, terus berniaga untuk hari koperasi . Beli barang pun kena catat semua belian dan harga . Menjual pulak bukan satu bahagian, tapi semua . Nak duduk pun tak sempat . Penatnya , sakit badan hanya Allah sahaja yng tahu dengan tangan melecur pulak tu. Lebih penat dari tolong umi jual ayam golek . Penat yang sehingga menitis airmata . Lepas habis ni , kene siapkan kertas kerja yang cikgu nak , siap dengan bajet , belian , untung , dan bla bla bla .Boleh ke aku buat semua ni? galas tanggungjawab dan laksanakan dengan baik ?  #lemah nya aku , manja sangat kah aku ? :/

TAPI BILA DIFIKIR SEDALAM-DALAM . 

kenapa aku harus merungut ? Sedangkan bukan aku seorang yang penat , tapi semua kawan-kawan juga penat . Diorang pun kena exam, dan berniaga . Semua bekerjasama nak jayakan ni . Ummu , bangun , tak perlu menangis . Bila rasa macam tu , ingat , macam mana susahnya untuk mencari rezeki dan menimba ilmu serta pengalaman . Ummu bertuah sebab masih mudah dalam menguruskan harian . Sedangkan kawan-2 yang berdikari di luar sana , diorang penat macam mana pun tetap kena cari makanan sendiri , urus harian sendiri , sakit macam mana diorang tetap kena bergerak . Tapi ummu ? Balik dari klaz pun tak perlu nak fikir apa yang nak dimakan atau dibeli sebab semuanya dah terhidang . Ini baru susah sedikit , jangan cepat mengeluh ye . Ini permulaan macam mana nak survive untuk masa hadapan . 

DIDALAM LELAH tapi tersemat Yang Indah .



Walaupun penat dan sangat sibuk . Tetap curi masa untuk berbual dengan kawan lama . Sambil buat kerja , tetap layan diorang . Kawan yang dulunya mungkin nakal dan suka sangat usik aku . Kadang-2 rasa geram dan meluat pun ada . Tapi dari kejadian tu juga la , buat kami rapat dan jadi kenangan. Sekarang bila dah besar dan boleh fikir , aku tak lagi sedikit pun nak terasa dengan apa yang dia kata . Boleh buat aku ketawa setiap kali dia panggil aku dengan panggilan yang menjengkelkan . Aku dah biasa dah . haha . hanya kawan aku seorang tu je yang macam tu . 

Bila diingat-ingat balik semua kenangan dengan kawan-kawan . huuu~ sedih pun ada , rindu pun ada . Rasa nak putar je masa dan pause . Sungguh aku suka berkawan dan kawan bersepah-2 kat seluruh negara . Even kawan yang kenal untuk hanya beberapa ketika . Tapi tu pun cukup untuk dijadikan kenangan . :') 

Okey , rasanya cukup dah kut aku coret dan conteng kat blog ni . Tulis cepat-cepat takut lupa . Lagipun mana la tahu bila aku dah nyanyuk nanti , boleh baca balik . ^^

Walaupun letih atau sulit dalam hadapi cabaran , duduk dan fikir sejenak , positif kan diri . Dan kita akan rasa lebih tenang dan selesa . Mengadulah pada Allah yang Maha Mendengar . Tiada ujian yang lebih besar dari kemampuan kita . Jadi, janganlah cepat mengeluh . Keluhan itu ibarat kita tidak redha . 



okey , need to go . btw , chaiyok-2 ummu . take a rest and wake up with energy . Tomorrow is last day and do something better than before . :') Assalamualaikum

Sunday, September 22, 2013

Thankful by saying Alhamdulillah . Keep strong by knowing Allah always side you. :)

Posted by princess!!! at 6:13 AM 0 comments


Assalamualaikum , 

Indahnya hari ni tapi entah kenapa la aku banyak diam hari ni .
Cuaca petang pun okey je . (teman Mrs.N makan chicken chop)

Malam ni nak hilangkan sedikit lelah setelah beberapa hari pulun dengan PA dan BM . Tapi sat lagi kena sambung lagi . Esok ada test . gulp. keep calm Ummu .

Bila bercakap bab belajar kadang-kadang macam-2 mood datang . Aku pun kadang-2 rasa malas nak belajar . pfff . ><
Tapi pernah ke kita fikir ? Bertapa kita bertuahnya boleh belajar, boleh sambung belajar . 
Aku suka belajar dari apa yang berlaku dari sekeliling . Setiap yang berlaku sama ada ianya baik atau buruk, semuanya adalah ujian . Mungkin susah kita nak fikir positif, tapi cuba la kita renungkan .

Cuma nak berkongsi cerita . Dan nak korang sendiri berfikir bertapa bertuahnya kita walau dimana situasi kita berada .

Aku ada seorang kawan yang indah rupa ciptaan-Nya . Tapi dia banyak menghadapi pelbagai ujian . Bila aku fikir, mungkin aku tak setabah dia untuk hadapi semua ujian tu . Ibu bapa dia yang sakit dan perlukan perhatian dia , menyebabkan dia tak berpeluang sambung belajar . Dia lebih pandai dari aku . Bahkan dia lebih genius dari aku . Ibu dia pun payah nak bagi dia sambung belajar . *mereka ada alasan mereka sendiri . Dari cara kawan aku bercerita , aku boleh rasa bertapa perit nya dia untuk lalui hidup dia . Mata dia berkaca je bila berkongsi cerita . Itu lah yang kadang-2 menjadi topik kitaorang bila berjumpa . Tapi walaupun macam tu , dia belajar berdikari dengan buka perniagaan kecil-kecilan . Aku bangga dengan sikap dia . Dia terlebih dahulu meneroka kesusahan .

Sedangkan aku? Jauhnya beza . ~

Bila dia hantar aku balik, aku diam sendiri kat belakang . Fikir sesuatu . Dari cermin sisi , aku dapat tengok mata dia yang berkaca-2 tahan airmata . *tabahnya awak syg . :')
#dia dapat panggilan kata ibu dia sakit masa kitaorang tengah makan tadi pastoo cepat-2 dia hantar aku balik .

Masa atas moto tu , dia tak henti-2 cakap "sabar, ni baru ujian kecil, ada orang lain yang hadapi situasi lagi payah " *sambil dia tepuk-2 dada .
Aku masih boleh dengar apa yang dia cakap .
Sungguh rasa sebak . 

Bila dibandingkan dengan aku . Bertuahnya aku . Walaupun aku sendiri ada tanggungjawab yang sama . Jaga umi yang selalu sakit , tapi aku masih bertuah dapat sambung belajar . 
SO!
Kenapa kita malas belajar ?
Sedangkan ramai lagi yang tidak berpeluang sambung belajar.
Kenapa kita mengeluh susah?
Padahal ada yang lagi susah dari kita .
Bersyukurlah walau apa jua situasi yang kita hadapi .

*Allah sentiasa ada .Ujian hadir agar kita terus sentiasa bersama dengan Allah .Ingatlah disaat susah dan senang . 

oklah, need to go . ^^ assalamualaikum 

Tuesday, September 17, 2013

::: Bila hati merindu, Sandarkanlah hati itu pada Allah :::

Posted by princess!!! at 5:57 AM 0 comments

::: Bila hati merindu, Sandarkanlah hati itu pada Allah :::

SATU HARI nanti awak akan MENANGIS untuk saya seperti saya menangis untuk awak,
SATU HARI nanti awak akan MERINDUI saya seperti saya merindui awak,
SATU HARI nanti awak akan MEMERLUKAN saya seperti saya memerlukan awak,
SATU HARI nanti awak akan MENCINTAI saya TAPI saya tak mungkin mencintai lagi,
Kerana saat itu, Allah tidak lagi mengizinkan saya mencintai awak seperti saat ini...

Allah selalu ada untukku, untukmu, dan untuk kita semua ~ Alhamdulillah! :)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea