Friday, October 24, 2014

Aku malu pada CINTA.

Posted by princess!!! at 4:15 AM 0 comments
Bila cakap soal cinta, semua orang ada jalan ceritanya. Sedangkan aku malu dengan apa juga huraian bagi CINTA.

Siapa aku nak bercakap tentang CINTA. Sedangkan aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu ungkapkannya.

Cinta pada manusia. Pada siapa? Aku sendiri keliru. Mencintai kekasih? Adakah itu CINTA atau pun NAFSU? Sekali lagi aku keliru.

Kekeliruan terus membadai, menyapa diri saat diri tidak tahu.

Aku pernah merayu pada satu cinta. Adakah itu CINTA? Atau hanya mainan perasaan aku.

Diam dan terus diam cuba mencari apa itu CINTA.

Aku dikecewakan. Aku menangis berbulan-bulan bagai diri tidak bertuhan. Aku bergantung hanya pada insan. Sedangkan yang selayaknya aku abaikan.

Dari situ aku mulai menilai. Mencari sisa-sisa kekuatan. Manakah CINTA? Apa itu CINTA? Adakah CINTA itu menyakitkan?

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun menganjak tahun. Aku semakin faham.

Cinta. Ye CINTA.
Rasanya subhanallah indahnya. Tenangnya. Aku mampu tersenyum. Bahagianya? Sukar digambarkan. Rupanya CINTA itu lagi HENSEM dari yang aku pernah rasa. CINTA yang mampu memberi CINTA. Yang menjaga hati ni, yang merawat hati ini, yang membelai hati ini, yang hiburkan hati ini. Yang membuat aku kuat hari ke hari, yang membuat aku tersenyum hari ke hari, dan membuat aku semakin tabah hadapi ujian.

Alhamdulillah , CINTA.
Ku serahkan semua cinta kepada CINTA. Hingga aku rasakan aku tidak perlu lagi cinta yang lain.
Hati ini sentiasa tenang, sentiasa bahagia. Lebih bahagia berbanding dulu. Walau aku tak nampak. Walau aku tak dengar. Tapi aku boleh rasa CINTA.

Saat aku mencari CINTA. CINTA juga menganugerahkan cinta untuk ku. cinta Mencintai aku seadanya. Namun jauh di sudut hati, aku merasa tidak perlu cinta buat masa ini. Ingin aku pergi jauh buat sementara, meraih CINTA, menguatkan CINTA. Biarlah hati ini bersama CINTA. Kerana dengan CINTA aku lebih bahagia. Dengan CINTA aku lebih tabah. Dan dengan CINTA aku lebih tawakal serta redha.

Hati ini tidak sesuci mana untuk CINTA. Ingin ku sucikan hati ini untuk CINTA. Jiwa ini tidak sebaik mana untuk CINTA. Tapi ingin ku perbaiki jiwa ini untuk CINTA. Agar rohani ini diterima CINTA. Manakala cinta, sabarlah wahai cinta. Andai ada jodoh kita, walau jauh mana kita berada, kita tetap akan disatukan oleh CINTA. Jarak yang memisahkan kita adalah satu persediaan kepada kita untuk meraih CINTA. Dan mencari bekalan untuk ikatan yang bertalikan CINTA.

Kerana CINTA adalah ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Hanya Dia yang layak menghurai erti CINTA. Sedangkan aku hanya mampu merasai itu CINTA, dan aku sendiri malu dengan kata-kata ku sendiri.
 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea