Friday, October 24, 2014

Aku malu pada CINTA.

Posted by princess!!! at 4:15 AM 0 comments
Bila cakap soal cinta, semua orang ada jalan ceritanya. Sedangkan aku malu dengan apa juga huraian bagi CINTA.

Siapa aku nak bercakap tentang CINTA. Sedangkan aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu ungkapkannya.

Cinta pada manusia. Pada siapa? Aku sendiri keliru. Mencintai kekasih? Adakah itu CINTA atau pun NAFSU? Sekali lagi aku keliru.

Kekeliruan terus membadai, menyapa diri saat diri tidak tahu.

Aku pernah merayu pada satu cinta. Adakah itu CINTA? Atau hanya mainan perasaan aku.

Diam dan terus diam cuba mencari apa itu CINTA.

Aku dikecewakan. Aku menangis berbulan-bulan bagai diri tidak bertuhan. Aku bergantung hanya pada insan. Sedangkan yang selayaknya aku abaikan.

Dari situ aku mulai menilai. Mencari sisa-sisa kekuatan. Manakah CINTA? Apa itu CINTA? Adakah CINTA itu menyakitkan?

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun menganjak tahun. Aku semakin faham.

Cinta. Ye CINTA.
Rasanya subhanallah indahnya. Tenangnya. Aku mampu tersenyum. Bahagianya? Sukar digambarkan. Rupanya CINTA itu lagi HENSEM dari yang aku pernah rasa. CINTA yang mampu memberi CINTA. Yang menjaga hati ni, yang merawat hati ini, yang membelai hati ini, yang hiburkan hati ini. Yang membuat aku kuat hari ke hari, yang membuat aku tersenyum hari ke hari, dan membuat aku semakin tabah hadapi ujian.

Alhamdulillah , CINTA.
Ku serahkan semua cinta kepada CINTA. Hingga aku rasakan aku tidak perlu lagi cinta yang lain.
Hati ini sentiasa tenang, sentiasa bahagia. Lebih bahagia berbanding dulu. Walau aku tak nampak. Walau aku tak dengar. Tapi aku boleh rasa CINTA.

Saat aku mencari CINTA. CINTA juga menganugerahkan cinta untuk ku. cinta Mencintai aku seadanya. Namun jauh di sudut hati, aku merasa tidak perlu cinta buat masa ini. Ingin aku pergi jauh buat sementara, meraih CINTA, menguatkan CINTA. Biarlah hati ini bersama CINTA. Kerana dengan CINTA aku lebih bahagia. Dengan CINTA aku lebih tabah. Dan dengan CINTA aku lebih tawakal serta redha.

Hati ini tidak sesuci mana untuk CINTA. Ingin ku sucikan hati ini untuk CINTA. Jiwa ini tidak sebaik mana untuk CINTA. Tapi ingin ku perbaiki jiwa ini untuk CINTA. Agar rohani ini diterima CINTA. Manakala cinta, sabarlah wahai cinta. Andai ada jodoh kita, walau jauh mana kita berada, kita tetap akan disatukan oleh CINTA. Jarak yang memisahkan kita adalah satu persediaan kepada kita untuk meraih CINTA. Dan mencari bekalan untuk ikatan yang bertalikan CINTA.

Kerana CINTA adalah ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Hanya Dia yang layak menghurai erti CINTA. Sedangkan aku hanya mampu merasai itu CINTA, dan aku sendiri malu dengan kata-kata ku sendiri.

Saturday, September 6, 2014

Kasih sayang ABI .

Posted by princess!!! at 7:25 AM 0 comments

Allah Maha Mendengar

Ye, itu yang aku selalu ulang dalam hati.
Allah dengar setiap tangisan aku, setiap apa jua dalam hati aku.
dan Allah jua Maha Pemujuk.
Yang selalu pujuk hati aku, yang faham aku.

Dewasa ini, aku lebih banyak mengambil tindakan untuk menyendiri dan berdiam.
Biarlah hati yang berkata.
Tapi mata selalu sahaja membocorkan rahsia.

Setiap kali aku pandang abi, mesti mata berkaca-kaca.
Banyaknya dosa aku dengan abi. 
Nak je aku peluk dan nangis dekat dada dia.
Abi, dikyang minta maaf abi dari lahir hingga sekarang, dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Ampunkan dosa dikyang.


Aku sentiasa ingat ayat ni. Dan itu yang buat aku menangis. Abi tak salah mendidik aku. Tapi aku yang salah tak dengar cakap abi.
Aku tak sanggup tengok abi yang terima balasan dari dosa aku yang menimbun.
Abi banyak buat ibadah. Aku selalu doa agar Allah sediakan mahligai yang indah buat abi. Janganlah disediakan api yang menjulang untuk membakar abi gara-gara dosa ku.

JANGAN!!!!.

Aku sayang abi. Abi tak pernah pukul aku walau sebesar mana salah aku.
Tapi nasihat abi sentiasa berbekas di hati walaupun nadanya lembut.

Wajah itu, suara itu, langkah itu, nasihat itu, sentiasa bermain di fikiran. Sentiasa menjadi kerinduan. 

Kadang-kadang masa abi tidur, aku tatap abi dari jauh.
Nyenyaknya abi tidur.
Aku takut. Takut abi terus tidur. Dan aku akan tengok dada abi sebab nak tengok dia masih bernafas atau tidak. 
Bila positif. Aku lega.

Baru-baru ni abi kemalangan. Dan itu yang buat aku takut sangat. Sepanjang jalan aku menangis. Aku tak nak kehilangan abi. Aku sayang abi.

Nasihat abi. " Belajar betul-betul, jangan main-main. Abaikan yang lain dahulu, fokuskan belajar. Abi tak nak dikyang kawin lagi, biarlah sampai habis belajar dulu. Abi dulu  masa dekat kolej, Abi tidur dua jam je sebab nak hafal kitab-kitab. Itu pun hafal dekat bawah lampu jalan. Masa tu, mana ada kemudahan macam sekarang."

Ayat tu yang jadi kekuatan sekarang bila aku kurang semangat untuk belajar. 

Ya Allah, panjangkan umur abi. Berikan kesihatan yang baik buat abi. Terimalah segala amalan baik abi. Ampunkan segala dosa abi. Ampunkan segala dosa abi. Murahkanlah rezeki buat abi. Sejahterakanlah kehidupan abi. Berilah perlindungan pada abi walau di mana pun dia berada. Jauhkan abi dari segala bencana. Selamatkan abi dari fitnah dunia. Sediakan mahligai yang indah buat abi di syurga. Mudahkan titian sirat abi. Lapangkan kubur abi. 
Amin amin ya robbal alamin. 

Tuesday, February 18, 2014

Secret Of 9teen

Posted by princess!!! at 7:34 AM 0 comments


Assalamualaikum. 
Selamat Hari Lahir UMMU ITRIAH .

Dah lama tak coret . Hwe . busy sesangat . Tapi hari ni take time sikit , walaupun penat sangat . Tapi itu bukan alasan untuk tidak  luangkan masa dengan diri sendiri . Pernah tak terfikir untuk menghargai diri sendiri? Seingat Ummu la kan, dulu ada seorang motivator ni cakap , "cuba hargai diri sendiri , contohnya bagi hadiah pada diri sendiri ke, ucapan ke , apa-apa sahaja yang bersifat positif ". Yup , Ummu setuju dengan pandangan motivator tu . Dan ummu pun try . Emm, maybe nampak pelik tapi sebenarnya bagus untuk diri sendiri, supaya dapat tingkatkan semangat, lebih keyakinan dan lain-lain lagi . Tapi better buat, jangan kecoh-2. Paham tak jangan kecoh-kecoh ?! Nanti nampak macam menunjuk-nunjuk, riak , takabbur n so on .

So, hari ini bufday Ummu . ^_^ . Tak tau la kenapa hari ni nak abadikan dalam blog ni , maybe sebab full of secret kowd.. haha. Tapi kalau dah tulis cengini mana nak secret dah kan . :p

Ok! Let's go on to our secret . Eh ! MY SECRET , OKEY !

Tarikh ni cantik sangat . No pun cantik . Dan entah kenapa hidup Ummu ni banyak berkaitan dengan no 9  . I LOVE THIS NUMBER .Emmm, semua sudah menjadi ketentuan Allah . Dia yang merancang perjalanan hidup kita . Ingat TU !

Ummu dilahirkan pada pukul 8.59 pagi sebelum pukul 9.00 pagi. Pada tarikh 19 Februari 1995 bersamaan 19 Ramadhan . (tak ingat pulak tahun Islam nye , hmmm)  . 

SO! Cuba tengok hari ni . Tarikh hari ni 19 Februari 2014 bersamaan 19 Rabiul Akhir 1435 hijrah . Dan Umur Ummu cukup 19 tahun hari ni . Subhanallah .



Tak terkata bila tengok kebetulan ni . Em, alhamdulillah, tahun ni sangat-sangat bermakna bagi Ummu . Banyak kejadian yang mengembirakan. Alhamdulillah . Dan banyak kejutan yang Allah kurniakan . Sungguh segala airmata tahun lepas telah Allah gantikan dengan sesuatu yang amat mengembirakan . Terima kasih Ya Allah . Sesungguhnya Allah itu Maha Adil Lagi Bijaksana .  :')

Dan apa azam Ummu ? Biar lah menjadi rahsia antara Ummu dengan Allah . :)  Btw, terima kasih buat kawan-kawan yang wish bufday Ummu . Dan terima kasih atas doanya .

Semoga bertambah umur kita , bertambah juga iman dan amal kita . Sama-sama kita perbaiki diri ke arah kebaikan dan mencari redha Ilahi . InsyaAllah . :*
. . Ok la nanti ummu coret lagi ye . Salam sayang buat pembaca blog . Assalamualaikum ^^











 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea