Sunday, September 22, 2013

Thankful by saying Alhamdulillah . Keep strong by knowing Allah always side you. :)

Posted by princess!!! at 6:13 AM


Assalamualaikum , 

Indahnya hari ni tapi entah kenapa la aku banyak diam hari ni .
Cuaca petang pun okey je . (teman Mrs.N makan chicken chop)

Malam ni nak hilangkan sedikit lelah setelah beberapa hari pulun dengan PA dan BM . Tapi sat lagi kena sambung lagi . Esok ada test . gulp. keep calm Ummu .

Bila bercakap bab belajar kadang-kadang macam-2 mood datang . Aku pun kadang-2 rasa malas nak belajar . pfff . ><
Tapi pernah ke kita fikir ? Bertapa kita bertuahnya boleh belajar, boleh sambung belajar . 
Aku suka belajar dari apa yang berlaku dari sekeliling . Setiap yang berlaku sama ada ianya baik atau buruk, semuanya adalah ujian . Mungkin susah kita nak fikir positif, tapi cuba la kita renungkan .

Cuma nak berkongsi cerita . Dan nak korang sendiri berfikir bertapa bertuahnya kita walau dimana situasi kita berada .

Aku ada seorang kawan yang indah rupa ciptaan-Nya . Tapi dia banyak menghadapi pelbagai ujian . Bila aku fikir, mungkin aku tak setabah dia untuk hadapi semua ujian tu . Ibu bapa dia yang sakit dan perlukan perhatian dia , menyebabkan dia tak berpeluang sambung belajar . Dia lebih pandai dari aku . Bahkan dia lebih genius dari aku . Ibu dia pun payah nak bagi dia sambung belajar . *mereka ada alasan mereka sendiri . Dari cara kawan aku bercerita , aku boleh rasa bertapa perit nya dia untuk lalui hidup dia . Mata dia berkaca je bila berkongsi cerita . Itu lah yang kadang-2 menjadi topik kitaorang bila berjumpa . Tapi walaupun macam tu , dia belajar berdikari dengan buka perniagaan kecil-kecilan . Aku bangga dengan sikap dia . Dia terlebih dahulu meneroka kesusahan .

Sedangkan aku? Jauhnya beza . ~

Bila dia hantar aku balik, aku diam sendiri kat belakang . Fikir sesuatu . Dari cermin sisi , aku dapat tengok mata dia yang berkaca-2 tahan airmata . *tabahnya awak syg . :')
#dia dapat panggilan kata ibu dia sakit masa kitaorang tengah makan tadi pastoo cepat-2 dia hantar aku balik .

Masa atas moto tu , dia tak henti-2 cakap "sabar, ni baru ujian kecil, ada orang lain yang hadapi situasi lagi payah " *sambil dia tepuk-2 dada .
Aku masih boleh dengar apa yang dia cakap .
Sungguh rasa sebak . 

Bila dibandingkan dengan aku . Bertuahnya aku . Walaupun aku sendiri ada tanggungjawab yang sama . Jaga umi yang selalu sakit , tapi aku masih bertuah dapat sambung belajar . 
SO!
Kenapa kita malas belajar ?
Sedangkan ramai lagi yang tidak berpeluang sambung belajar.
Kenapa kita mengeluh susah?
Padahal ada yang lagi susah dari kita .
Bersyukurlah walau apa jua situasi yang kita hadapi .

*Allah sentiasa ada .Ujian hadir agar kita terus sentiasa bersama dengan Allah .Ingatlah disaat susah dan senang . 

oklah, need to go . ^^ assalamualaikum 

0 comments:

Post a Comment

 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea