Thursday, June 13, 2013

Memory of PLKN . sambungannnnn !

Posted by princess!!! at 7:07 AM


Sedap-2 taiping-2  hari tu , terbantut la pulak. Bukan sebab mengantuk sangat pun . Tapi tapi haha, tak payah tau la. (jujur itu penting, tak baik nipu-nipu tau)  .

Sudah cukup sudah ~~~ BACK TO OUR STORY . our? bukan my story ker? *ikut suka aku la nak tulis pe pun . :p


Ok-2 jom berkenalan dengan member-member dorm aku. No picture but just a short name. buhahaha.   Fisya, Fara, Mekna, Teroh, Ain, Awien, Effreen, Soh, Ira, Uyun, Su, Aten, Jasheela, Manis, Chin, Eila and ramai lagi . (werrrrr, tak ingat nama lertuw, cina 2 orang je kaw sebut ummu oi, ish-2 teruk teruk, nampok benor pelupa) . haha. cukup lertuw. tak ingat nama tak semestinya aku tak tegur diorang. Semua aku tegur ok. Dalam dorm ni, gila ramai yang kaki karok. Tak kira tempat , mesti karok. *Dalam bilik air pe tah lagi la.. Dengar suara kiteorang la. Ada yang ayu.. pewettttttt.. Ada yang sore macam katak pun ada jugak. keh3.. *aku lertuw . >.<


Ramai sangat yang nak tau . Apa la yang budak PLKN buat ? *hoho, kesian diorang tak buleh merasa . 
Wow! banyak ooo yang kitaorang buat. Walaupun kadang-2 sifat homesick tu selalu menghasut dan bisik kat telinga yang kata PLKN ni boring/bosan/tak adak apa-2. 
Normal la tu kan. Tak terkecuali la aku. Aku pun kadang-2 sebut jugak boring dan bosan . Tapi kene think positif la . Cakap kat diri sendiri  yang kita pergi ni, untuk timba ilmu dan pengalaman. 

Ok first2. Pagi-2 kena bangun pukul 4.30 atau pukul 5.00 sebab pukul 5.20 dah nak kene turun kat DM (dewan makan) . Beratur dulu dan amik kekuatan (berbaris la)
haa, cakap pasai bangun awai ni. Dalam dorm aku ni, ada seorang yang kitaorang gelar Opah.. hehe. sebab dia suka membebel dan kejutkan kitaorang pagi-2. Kiranya dia la yang paling awal bangun. Dan ada seorang lagi yang selalu kejutkan aku jugak. *Ketua Dorm . Tapi specialnye dia ni. Kalau kejutkan orang mesti dia gosok pipi. Lembut je. hehe. Bangun pun tak terkejut. hehe. *kalau kat rumah, macam nak roboh pintu bilik, umi ketuk.. hahhaahahahahahhahha

ok2, apa yang kitaorang buat lepas berbaris ? Apa lagi mek oiii kalau bukan pergi surau. SOLAT SUBUH ! .Tapi siapa yang cendol/laicikang/airbatucampur/rojak , haa, sila tunggu di DM. Tanda dalam buku dulu ye.  @_@ . *paham-2 sendiri la wei, takkan nak cite detail kowd. :p

Lepas solat, ada PT pagi. *Apa tu? haha. tu macam senaman la. Kalau hari isnin, kene pusing kolam 3 @ 5 kali. Hello, korang ingat kolamnye kecik?!!! Besar kowd. Kalau tak silap , kalau satu pusingan bersamaan 1.5 km . See! So, pandai-2 la korang kire bape kilometer ek. Jenuh ! Berlari la dalam barisan. Tapi ada je yang macam anak ayam kehilangan ibu. BERTERABUR!  Tapi kalau hari selasa ada SenamRobik. Wow! best owww. Kalau buat betul-2, berpeluh jugak. Best kalau cikgu Wawa yang kondak .  *tu la cikgu Alpha!  . Kalau hari rabu. Emmmmmmm, ala, lupa plak. *ok, abaikan. Tapi kalau hari khamis, ada senamSeni. hehe. Pagi-2 kita menari. tarian 1 Malaysia. Ikut lagu. besttttttttt. 

Then, lepas PT pagi, terusssssss lari balik DM. amik pinggan, cawan , susun atas meja. Yay! Masa untuk sarapan!!!!!   Menu? hahaha. Ok la, biasa la makan macam  asrama ni. Menu nye. Bihun sup, Soto, Nasi Lemak n more. Tengok ler kepada tukang masak tu. Kitaorang makan je. Lepas makan pulak . Terus je balik dorm. Siap-2 untuk masuk kelas!

Kelas?! Yupp. Ada kelas la . Macam-2 boleh belajar. Even aktiviti yang dalam kelas tu kadang-2 ada yang rasa macam budak-budak. Tapi bagi aku, ok kowd. Daripada borink tak buat apa. *maklumla , aku ni kan tak matang, macam budak-2 lagi. Kuang-2. Dalam kelas ni belajar pasal, diri sendiri, orang lain, masyarakat, budaya kerja, dan negara. Susah oww nak jumpa ilmu macam ni. Tak dak kat luar. Dan the best thing yang buat aku suka sangat ialah, sekarang ni aku dah tak gugup/darah gemuruh/ketaq/ takot untuk bercakap di hadapan orang. Rasa releks je. Nak wat presentation dalam kelas pun rasa releks je. Dah xdak macam dulu. Haa, tu la yang rasa berbaloi pi sana.

Lepas kelas, makan,solat ,then ada aktiviti lain. Petang belajar teori. Praktikal. Belajar pasal kompas, macam mana nak survive dalam hutan, macam mana nak buat rawatan kecemasan . Pastoo belajar kawad. Kawad tak dak la hari2. Macam yang aku selalu dengar tu. Kadang-2 je. Best ! walaupun muka aku sedikit berbelang . Ala, dulu duk kat mrsm pun, muka aku berbelang gak. Balik pandai-2 la cuci ngan clorox sendiri.. hehe


Pastoo ada aktiviti tambahan, macam MENEMBAK, BERENANG, FLYING FOX ,WIRAJAYA dan lain2. *tapi aku sempat MENEMBAK je.. yang lain tu, tak sempat. Time aktiviti berenang, aku kene kuarintin sebab demam panas melampau. Huhu. Tak dak rezeki.  la. = = '

kesimpulannya, apa yang baik, ambil dan guna . Walaupun duduk kat PLKN tak boleh nak keluar macam outing, tapi jangan jadikan tu pemikiran yang akan buat diri kita sendiri terperangkap dengan situasi. Just try to enjoy it. We can feel it. Pengalaman tu sangat berharga yang orang lain tak boleh dapat macam kita dapat.  So, hargailah. Apa-apa pun hanya ni je yang dapat aku kongsikan dengan korang. Banyak lagi yang aku tak cerita, banyak giler, dan semuanya aku takkan lupakan. So, buat junior-2 aku nanti yang bakal dapat ke plkn tu or kepada yang dapat panggilan ketiga tu. Just pergi je, tak rugi pun sebenarnye. Aktiviti nye tak la lasak sangat. Ni untuk membentuk diri jadi insan untuk menempuh masa depan. So, good luck guys. 

btw thanks to all teacher. cikgu erna, cikgu wan, yang ajar saya dalam PK 3. dan cikgu ada ,yang sempoi. Cikgu ALi , ckgu syed, ckgu razali, cikgu along, ckgu wan, cikgu shaibah, dan lain-2. 



0 comments:

Post a Comment

 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea