Tuesday, June 18, 2013

Andai Aku Sudah Tiada

Posted by princess!!! at 5:46 AM


Entah kenapa dua tiga hari ni , aku ibarat mengelamun dan melayang-layang terpikir sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa yang aku fikir  . 

Dua hari lepas aku terbaca sebuah bacaan. Menceritakan cinta dalam diam di antara Saidina Ali dan saidina Fatimah Al-Zahra. Indahnya cinta dalam Islam. Tapi bukan itu yang aku cari. Yang aku cari cinta pada Allah. Ya , Indahnya bila dapat memiliki cinta Allah. Bila sandarkan semua pada Allah, mesti Allah rancang dan beri yang terbaik macam mana kita beri pada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pendengar . Mendengar setiap bisikan, keluhan, rontaan dan kehendak hati kita. 

Malam tu pulak, entah macam mana aku terpandang sesuatu dekat news feed fb aku. Ya Allah, sungguh indahnya bila cinta itu hadir dari Mu. Sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga atas dasar cinta yang seperti mana Rasul ajarkan.. Cinta selepas nikah. Entah kenapa aku rasa sebak dan sayu. Terus teringat apa yang aku dah baca petang tu. Bukan hati meronta untuk menikah atau bercinta tapi melihat keindahan itu, aku terpikir sesuatu. Layakkah aku dapat semua tu? Sedangkan cinta kepada Allah pun sukar sangat aku kekalkan dalam hati. Kadang-kadang lalai. Lalai dengan duniawi. Sememangnya Allah telah jodohkan aku di luh mahfuz. Tapi hati aku selalu cakap, andai sampai suatu ketika dimana jodoh ku hadir. Nak ja aku suruh dia cari yang lebih baik dari ku. Sesungguhnya aku tidak layak untuk sesiapa. Banyak sangat kekurangan aku. Banyak yang harus aku perbetulkan, perbaiki dan pertambahkan. ~~~ aku tenggelam sendiri. 

Hari ni, pagi ni. Aku dapat berita salah seorang cikgu aku telah kembali ke rahmatullah. Sekali lagi buat aku terdiam dan fikiran melayang-layang. Namun ianya hanya batin yang berbicara , luaran aku ibarat tak dak apa-apa. Balik dari sekolah, usai solat zohor. Terus aku dan keluarga pergi ziarah . Kali ni kaki aku laju melangkah. Sampai depan pintu, aku terdiam. Duduk sementara menunggu jenazah dimandikan. Hampir 45 minit berlalu. Bermacam-macam yang aku fikir. Tengok kiri dan kanan. Macam ni kah suasana masa aku nanti? Disebalik orang yang ramai tu, aku tertengok ada yang kesat airmata dengan lengan baju. Macam tu kah sahabat handai aku nanti? aku diam dan terus diam. Entah kenapa kali ni, empangan mata ku kuat. Sampai tiada setitik pun airmata mengalir, hanya bergelinangan di pupuk mata.Sebelum ni, mudah je aku menangis. Dah memang aku ni seorang yang cepat menangis. Dan kali ni  Aku tekad dalam hati, yang aku nak bayangkan yang jenazah tu adalah diri aku. Dari detik tu, terus aku berimaginisasi. Bila aku tengok ahli keluarga arwah, terus aku ingat adik beradik aku dan keluarga aku. Tabahkah mereka? Sedihkah mereka nanti? Sungguh aku tak sanggup melihat. Saat yang paling menyentuh hati, apabila suami arwah ingin buat semua urusan tu ke atas arwah. Angkat dan mandikan. Kalau aku? Mahukah abg-2 dan kakak aku buat semua tu? Adakah suami aku nanti akan buat perkara yang sama? Sudah tentu umi dan abi yang nak buat semua tu kat aku. Kali ni, empanganku hampir pecah. Tapi aku tahan. 

Setelah jenazah dimandikan . Maka diangkat dan dikafankan. Dipakaikan bedak. Tapi muka cikgu tadi berseri-2. Muka dia kekuningan dan tak pucat macam orang lain yang selama ni aku tengok. Dan bibir cikgu tersenyum yang teramat bahagia. Itu membuatkan airmata yang tertangkung di mata aku, terus kering. Entah kenapa aku tak menangis kali ni. Aku rasa tenang . Dan aku berdoa dalam hati agar cikgu ditempatkan di kalangan orang yang soleh lagi solehah. Perwatakan cikgu sepanjang hidupnya, memang susah untuk dicari galang ganti. Lemah lembut, baik, sopan , tak banyak brcakap dan lain-2. Hanya yang mengenali sahaja yang tahu. Sungguh aku tersenyum saat melihat cikgu buat kali terakhir. Tak putus-putus ku ucapkan dalam hati . semoga cikgu bahagia di sana .

Sepanjang itu juga, aku terbayangkan diri ku terbaring kaku di situ. Bagaimanakah aku? Macam tu ke diorang mengkafankan aku? . Disaat hanya muka yang masih terdedah sebagai tatapan terakhir buat penghuni dunia, semuanya mengalir airmata. Anaknya, ibunya, saudaranya, dan sahabatnya. Suaminya? Masih tetap tabah di dalam hati menahan sebak. Sungguh aku terharu. Hanya Allah sahaja tahu isi hati seorang suami. 

Disaat jenazah diusung keluar dan dimasukkan ke dalam van jenazah. Semua mengelilingi . Dan membacakan Al-Fatihah beberapa kali sebelum van bergerak. Ibarat semuanya mengucapkan selamat jalan, semoga bahagia di sana. Suatu saat kita pasti kan bersua di sana. Van pun bergerak dengan sayunya. Cuaca pun ibarat turut sama sedih, redup dan mendung je. Aku melihat dari jauh. Dan dalam masa yang sama, aku dapat dengar dikeliling ku, esakan esakan kecil yang berasa sebak . Sungguh, aku pun begitu. Sepanjang aku anggap diriku adalah jenzah tu, satu benda ja yang aku nak sangat buat. Andai la time tu aku boleh hapuskan airmata semua orang yang aku sayang . Di saat terakhir aku di muka bumi. Aku tak nak sangat sape-2 menangis. Walaupun tadi , umi aku pun tetap menangis. Macam mana kalau aku sendiri yang terbaring kaku di situ. Tak dapat ku bayangkan airmata umi yang mengalir.  

Tapi apalah bekal yang aku ada sekarang, kecil terlalu kecil dan ringan. Sesungguhnya ajal datang bila-2 masa apabila tiba waktunya. ==' . Sama-2 lah kita perbaiki diri dan persiapkan diri. 

ANDAI AKU SUDAH TIADA, JANGAN DITANGIS, JANGAN DITAWA.  Tapi SENYUMLAH .

0 comments:

Post a Comment

 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea