Tuesday, December 3, 2013

Raining whole day

Posted by princess!!! at 6:03 PM
Assalamualaikum .



Apa itu ujian ? Datang menguji keimanan sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan . Kadang-kadang bila kita ditimpa kesenangan , sukarnya untuk kita refresh diri kita dan fikir hikmah pe yang berlaku . 
Tapi bila kesusahan datang , baru kita duduk dan muhasabah diri . 

Kali ini , mungkin usaha ku sudah sampai tahap maksimum . Tahap kepenatan aku mengejar , menangis kini sudah sampai penghujung . Aku hanya dengar amarah dan bahasa kasar dia . Sungguh aku tak mampu nak ubah apa-apa . Yang mampu hanya minta maaf . Untuk kali kedua , dalam situasi yang sangat kritikal dan berbeza , aku lakukan perkara yg sama, sama macam tahun lalu . Aku tak nak kehilangan seorang kawan aku . Mengalah . Rendahkan ego . Sabar . Selalu ingatkan diri , yang dia tak tahu apa yang jadi , dia dalam keadaan keliru , tapi andai ada peluang aku nak perbetulkan semuanya dan cerita apa yang dia patut tahu . hm, tapi aku tak berkesempatan . Aku hanya ditinggal sepi . Tapi kenapa aku berjuang ?, kerana sebuah janji , kerana keyakinan hati . Setiap apa perkataan dia yang menyakitkan hati , aku tahu dia saja buat macam tu . Aku boleh rasa jauh disudut hati dia . Walaupun dia banyak berahsia , dan kadang-2 mcam MR.ARROGANT . aku tetap boleh tersenyum . Tersenyum dengan telatah dia sambil air mata mengalir . Mungkin hanya itu yang layak buat aku sekarang  

Menyesalkah aku ?
Tak menyesal mengenali dan berkawan dengan seseorang yang telah banyak bantu aku , bimbing aku dan ceriakan hidup aku . 



Menangis .
Ertinya bukan lemah , tapi mencari kekuatan .
Menangis ,
Ertinya bukan sedih , tapi mengelakkan kemarahan .
Menangis ,
Ertinya bukan kalah , tapi berhenti bagi melepaskan lelah .

Kuatnya wanita hasil dari setitis air mata .

Wahai Mr.Arrogant ,
Tak perlu ungkap dengan pedihnya kata , kerana aku faham dalam indahnya bahasa .
Tak perlu lakukan sesuatu yang menyakitkan , kerana aku tak endah kesakitan .
Kerana aku hanyalah perempuan , yang dicipta dengan kelembutan , yang lahir dari kesakitan .

semoga , hujan yang berpanjangan , diakhiri dengan indahnya suria . 

0 comments:

Post a Comment

 

Princess_Rahsia Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea